20 April 2012

Best kan ada kengkawan ^^



^^,



Carilah sahabat dalam banyak2 kawan kamu yang ada.. bagus kan kalau ada sahabat seperti sahabat rasulullah? Pada zaman ni kita susah nak cari betul2 sahabat kita.. 1 dalam sejuta yang sanggup berada disisi kita dalam susah dan senang.. aku ada impian pelik sebenarnya.. hahaha.. masa tadika semua aku kawan.. ye la kan masa tu budak2 lagi so tak ada apa yang fikir selain main belajar.. dulu aku sekolah tadika pondok tau... tak masuk taska sebab ayah memang titiberatkan hal pendidikan anak2 dia.. mesti ke arah agama islam.. memang dari kecil aku berani buat apa2.. berdikari la kunun~~ hehehe.. masuk sekolah rendah, masing2 dah cari kawan masing2.. kesian juga kat aku sebab tak ada kawan betul2 jadi kawan.. rasa semua pandang kasta kot.. siapa pandai siapa tak pandai.. nak juga kawan dengan budak kelas hijau.. tapi aku yang biru ni dipandang rendah je.. kesian.. sampai la terminat kat seorang budak ni.. ehem.. ni nanti aku cerita.. hehehe.. pergi sekolah pagi petang pula mendaki bukit tak ada la tinggi sangat.. jauh pula tu.. tup2 budak tu satu kelas dgn aku sebab aku teror la juga kat sekolah agama (bukan nak bangga diri) ;p aku selalu juga dapat markah bagus kat sekolah agama.. terutama sekali bahasa arab.. nanti aku cerita apa kes aku dgn budak sorang tu.. ahaks... rasa2 aku tak ada la special friend sampai masuk sekolah menengah ada kawan aku nama Rajuna.. perempuan tau.. kitorang memang serasi bersama.. pergi mana2 ada je.. sampai kitorang digelar kembar.. lupa nak bagitahu, masa sekolah rendah aku jadi pengawas sekolah tau... hahahah... sekolah pagi dan petang.. penat nak jaga budak2.. cehwah! masa sekolah menengah aku jadi perpustakaan... malas nak jadi pengawas sekolah.. dulu pengawas sekolah musuh dengan budak biasa tau! memang aku sayang kat kawan aku tu.. sampai jadi pak sanggup duduk tepi bila dia pegi dating.. tengok je la orang dating dari jauh.. cover~ hahahha... susah senang, sedih ketawa semua kami berdua.. sampai kitorang bergaduh sebab kan mulut orang.. aku tak faham kenapa orang2 ni dengki sangat tengok orang lain happy.. bila nak berkawan balik jadi janggal sebab masing2 salah.. sampai nak naik tingkatan 4 aku pindah ke sekolah teknik.. aku jadi pendiam dan skema la juga.. aku kawan dengan dayah, jun, ain, yati.. sama2 jadi perpustakawan.. tapi bila aku jumpa watie, aku terikut sekali perangai dia.. dulu aku ramai adik beradik angkat.. dah duduk asrama kan, semua berangkat.. hahahha.. dulu aku ada watie, nana, nonon, jay.. rapat kitorang.. rasa2 nak buat jahat kat asrama dan taiko senior kitorang la.. hahahah.. manis je kenangan masa tu.. ada satu masa tu watie kena buang asrama.. aku dengar sebab ade junior cakap bukan2 depan warden pasal dia.. masa tu perasaan aku bercampur aduk.. marah, geram, sedih, bengang, dah macam rojak.. tak tahu nak beza kan mangga dan nenas.. memang malam tu aku mengamuk kat bilik.. sebab bagi aku diorang kawan2 aku dan apa hak orang lain nak judge kitorang macam tu.. tapi sekarang lepas je sekolah, aku dah jauh dari diorang sebab patuh atas ketaatan mak ayah aku.. jadi aku tak boleh buat apa2.. aku kerja kat kedai kasut, belajar kat kolej, sampailah dah kerja.. bila dah kerja, aku kawan dengan ratna, farah, faiz.. mereka satu2nya kawan aku yang tahan juga lah dengan perangai aku macam budak2 ni.. sampai sekarang.. tak bergaduh? tipulah kalau tak bergaduh.. kalau tak gaduh macam mana kita nak tahu isihati masing2.. macam tu juga dengan pasangan kita.. kalau ada yang kata boleh tak aku ganti tempat kawan2 kau ni? aku akan cakap, tak boleh! sebab mereka bertiga adalah meraka, tiada siapa yang boleh ganti dan mereka dah aku simpan kemas2 dalam hati aku, mereka sahabat aku dunia dan akhirat.. thanks to all.. >.<

No comments:

Post a Comment