13 December 2011

Rutin sekarang

Kalau dulu sebelum kahwin, balik 2 minggu sekali.. tu pun kadang2 aku tak balik.. tengok duit macam mana.. kalau tak ada duit aku balik sebulan sekali.. lagi satu aku penat nak menapak kat pudu yang sesak tu.. dulu naik bas kat pudu... sekarang kat TBS (terminal bersepadu selatan) kat bandar tasik selatan.. senang kat situ sebab mana2 train tak kira la komuter ke LRT star ke semua bertumpu kat situ... lepas kahwin, balik seminggu sekali.. sebab husband ada kat sana kan... huhuhu.. sekarang ni da ada anak seminggu 2 kali balik.. hantar stok susu badan.. pump pun tak banyak tapi aku berusaha jugak hantar stok.. dah balik, sok pagi2 naik bas kat melaka central macam biasa terus pergi kerja.. penat tu penat la juga tapi nak buat macam mana... boleh je bagi susu tepung tapi aku tak nak.. takut nanti dia tak nak minum susu badan.. atleast dia ada rasa susu aku sekali satu hari cukup la... bila dah jauh dengan orang tersayang, hidup aku, otak aku semua dah macam tak betul... dah macam miong dah rasanya... pagi tadi macam biasa, bangun pagi awal pukul 3.45 am terus pergi mandi.. lepas mandi menyusukan putri fatin humaira.. tengok je dia habis menyusu bawa ke bilik mak, tidurkan dia kat situ.. cium2 dia, lepas tu terus siap2 nak pergi dah... dalam hati harap2 jangan menangis2... kang si kecil tu ikut sekali sedih.. huuuwaaaaa~~~ kejutkan abi, terus pergi kat budak shomel tu cium2 dia buat kali terakhir sebelum nak gerak... memang rasa sedih sangat2 nak tinggalkan dia.. pula tu jauh KL-MLK.. aku memang dah lama minta pindah melaka tapi sekarang dalam proses management.. orang lain tak faham.. paksa2 aku cepat pindah.. ni bukan aku yang aturkan... kalau boleh berhenti pun aku sanggup..

love,

No comments:

Post a Comment