07 November 2011

Mak~~~

Bila dah ada anak baru rasa aku betul2 sayang kat mak aku.. sebab aku rasa tanpa dia hidup aku kosong.. macam mana aku nak lalui nanti.. walaupun aku dah berkahwin, aku tetap nak mak aku juga.. bila bersalin, masa tu automatik otak aku berzikir dan beristighfar atas apa yang mak lalui masa dia keluarkan aku dari perut.. dalam masa yang sama aku takut nyawa aku hanay setakat situ je tanpa melihat raut wajah anak ku dan mak.. bila mak masuk labour room, masa tu aku dah tengah sakit nak bersalin, aku menangis... kalau boleh masa tu aku nak mak yang temankan aku dan bagi sokongan kat aku sampai aku habis bersalin.. masa tu aku nak mohon maaf kat mak tapi suara aku tak keluar sebab aku menahan kesakitan yang amat.. aku pegang erat tangan mak, aku menangis.. mak, ampun dosakan kita.. halalkan makan minum kita.. dan halalkan setiap titis susu yang kita minum masa kecil dulu.. dalam pantang mak jaga aku.. makan minum, mandikan, letakkan ubat.. aku tak malu katakan yang mak jaga aku luar dan dalam.. aku betul2 hargai mak.. betul lah apa Rasulullah s.a.w katakan perkataan ibu sebanyak 3 kali bila sahabat baginda tanyakan siapa lebih penting.. Ibu atau ayah..? sebab itu Allah letakkan wanita di tempat yang mulia di sisi-Nya.. Subhanallah~ Syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

love,

No comments:

Post a Comment