25 October 2011

Sebak~

hari ke 29~

Tiba2 sebak pula hati ni bila fikirkan tak lama lagi nak naik kerja.. si kecil pula kena tinggal kat Melaka.. kalau aku bawa pergi KL siapa pula yang nak jaga.. aku pula duduk sewa rumah dengan member.. tunggu harapan untuk pindah je ni... nasib baik aku dah proses borang pindah awal2.. kalau kemudian baru aku buat tak ke haru namanya.. huhuhuhu... semalam aku bawa putri fatin humaira pergi klinik untuk enjet sebulan.. doktor bagi 2 pilihan kat aku sama ada enjet tiap2 bulan @ nanti dia dah 2 bulan kena enjet sekaligus.. aku bincang dengan mak dan ayah, better ambil enjet sekaligussebab kesian kat dia kena enjet tiap2 bulan.. hurm~ last2 timbang je.. alhamdulillah berat badan dia dah naik.. 4.2 kg dlm ms sebulan.. maknanya naik sekilo.. mana tak nya dia nak menyusu je.. hehehe.. sampai tak tidur malam melayankan dia nak menyusu.. aku balas balik tidur aku masa dia tidur siang... penat juga layan anak.. ni lah penat lelah mak kita layan kita masa kecil.. aku kira beruntung.. kalau aku tak larat, aku minta mak layankan dia kejap.. kesian mak sampai tak cukup tidur... penangan putri fatin humaira yang makin lama makin cerdik... tahu je nenek dia yang mana, ibu dia yang mana, duduk sebelah dia yang tengah tidur boleh bangun celik mata sebab boleh bau ibu dia.. hehehehe... humaira~ humaira~ macam2 karenah.. pernah kena marah dengan aku sebab tak tidur malam.. sampai sakit2 badan dan kepala lepas tu dia buat hal.. mana aku tak marah.. lepas tu dia tidur, aku batuk tersedak.. dia menangis bagai nak rak macam aku marah dia bebenor.. kelakar tengok.. terus aku pujuk dia peluk dan tepuk2 suruh tidur... kesian tengok.. tidur pakai selimut nak selimut aku juga.. hahahha.. selimut sebesar2 tu share dengan dia.. semalam cukur rambut dengan mak cik urut aku tu.. lepas tu timbang dengan harga emas 1.. kena RM264.. ayah kata nanti dia nak bagi duit tu kat budak2 tahfiz... dah botak budak kecil tu~ makin besar aku tengok.. lama2 aku sayang aku nak tinggalkan dia.. susu aku dah start buat stok... harap2 cukup... mungkin aku akan balik 2 kali seminggu hantar stok susu.. boleh jumpa anak kesayangan ibu dan abi sekali...

No comments:

Post a Comment