22 April 2011

Memang dahsyat betul!

Agak2 ape yg dahsyat tu? hehehehe.. Cerita ni tahun lepas punya.. kami berempat aku, Azmi-husband aku, Faiz dan Hafiz pergi majlis kahwin Ratna kawan baik aku di Kelantan. Kitorang bertolak hari jumaat malam sebab husband aku balik kerja petang, so lepas balik kerja terus datang KL ambil kitorang bertiga.. memang kesian lar tengok dia.. penat tu drive kereta malam2.. aku hint2 kat dia biar faiz je yang bawa.. tapi dia kata dia larat drive so aku temankan dia malam tu kat depan.. Faiz dan Hafiz dah sedap tidur sebab lepas tu kena tukar driver.. aku tak sure diorang tukar kat mana sebab aku mamai2 duduk kat depan.. lepas tu kitorang lalui pengalaman yang tak dijangka iaitu potong lori2 besar kat laluan bengkang bengkok.. cuba bayangkan masa tu pukul 2, 3 pagi macam tu tak tahu mana datangnya lori besar pun aku tak tahu.. mula2 tu azmi elak2 berjaya la.. memang dahsyat kereta saga BLM hitam dia tu.. lepas tukar drive dengan faiz, aku dan azmi duduk belakang pula.. kitorang lalu jalan kampung yang jalannya betul2 menyeramkan aku ( boleh buat excident kalau tak berhati2 ) tambah lagi lori beratur kat depan kitorang.. rasanya Azmi dan Faiz tak fikir lain dah.. diorang cuma fikir dah sampai boleh rehat kan badan.. memang aku tengok muka sorang2 sememeh je.. betul2 penat untuk perjalanan ke Kelantan masa tu.. tu pengalaman pertama aku pergi ke Kelantan naik kereta.. aku yang duduk kat belakang takut baring kat riba husband aku dan buat2 tidur.. tapi still tak boleh tidur sebab diorang bertiga ni bagi semangat kat Faiz untuk lepas halangan lori2 besar tu... Pergh! sampai2 je kat Kelantan kitorang cari hotel.. aku lupa nak book hotel.. aku cakap kat diorang kita walk in je.. nasib la kalau ada hotel.. kalau tak ada kita tidur dalam kereta... sebelum cari hotel, kitorang singgah makan kat Mcd.. masa tu pukul 5 pagi.. makan apa yang ada.. perut dah lapar.. huhuhu.. lepas tu, cari hotel.. kebetulan Hafiz pernah datang tidur kat area situ, so kitorang redah je tanya ada bilik kosong ke tak.. rezeki kitorang.. alhamdullilah ada.. ambil 2 bilik.. aku tengok husband aku memang lembik je masa tu.. aku cakap kat dia sementara tunggu subuh, pergi mandi dulu pastu tidur.. pastu kunci jam dari elak lambat bangun.. pukul 12.30 tengah hari, kitorang cari rumah Ratna.. nasib sebelum tu aku dah datang dulu dengan Ratna dan Farah.. jadi aku ingat sikit2 jalan ke rumah dia.. hehhehhe.. sekali jalan terus jumpa.. fuh! kalah GPS.. hahahhaha... sampai2 je aku terus pergi cari Ratna.. masa tu ya Allah! lawa pelamin dia, bilik dia dan pengantin sekali.. Famili Ratna layan kitorang makan sampai kitorang kenyang.. Memang sedap lauk2 majlis kahwin.. tak cukup tu petang kitorang bertandang lagi kerumah ratna.. hehehhe.. datang makan lagi.. aku obses dengan masakan Kelantan.. suka aku.. tak sia2 dtg jauh2... heheheh... malam pulak jalan2 ke wakaf Che yeh.. betul ke ejaannye... huhuhu.. hari ahad sebelum balik KL, aku ajak yang lain2 lepak tepi pantai, pergi shopping lepas tu terus balik.. azmi sampai rumah agak pagi juga la... dalam pukul 2,3 pagi.. tu pun dia kena jem teruk utara selatan sebab ada 2 bas dirempuh dan pernah masuk berita dan dalam surat khabar... ramai yang maut dan pernah jadi sejarah 2010 kemalangan di simpang ampat.. alhamdulillah kami selamat pergi balik... aku tunggu azmi call baru aku nyenyak tidur.. kepada sahabat baik Ratna dan pasangan, semoga kekal sampai bila2 dan dikurniakan anak yang comel2... tak sabar juga nak jadi mak cik... hehehehe...


love,

No comments:

Post a Comment