07 January 2011

Tahun 2011

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru bagi semua followers.. Tak sangka umur pun tak lama lagi akan meningkat.. Dan aku belum lagi dikurniakan zuriat sedangkan kami dah 7 bulan berkahwin.. Cemburu juga bila ada orang yang kahwin dulu dah dapat zuriat.. huhuhu.. tak pe lah.. mungkin tiada rezeki lagi.. harap-harap tahun ni ada rezeki untuk kami berdua.. tahun ni banyak juga azam aku.. tapi tak tahulah tertunai ke tak..

1. Nak ada rumah sendiri (sewa pun tak pe lah~)
2. Nak ada kereta sendiri (kena dapatkan lesen dulu~)
3. Nak ada anak dengan my husband.. (insyaallah yakin boleh)

Kadang-kadang orang kata duduk jauh salah satu faktor susah nak dapat anak.. tapi aku tak setuju sebab ada juga orang duduk jauh tapi dah ada anak 2 orang.. contoh kak shida housemate aku.. memang steady la kak.. husband dia duduk pahang sebab kerja sana, dia pula duduk kl.. huhuhu.. tapi aku juga akan berusaha untuk pindah ke melaka walaupun azam aku tahun lepas tak dapat lagi iaitu naik pangkat SP (supervisor).. eermmmm... x pe lah.. mana tahu sok2 rezeki aku.. aku ralat juga sebab kat sini senang nak naik pangkat dari kita di region..

Tahun ni macam ada terasa tertekan sikit sebab masalah sekeliling.. dah macam kejutan budaya.. nak cerita tak tahu dah dari mana dan penghujungnya ke mana.. aku kena belajar macam mana nak jadikan diri aku relax dan berfikiran positif... it's good to me.. nothing to say "impossible".. yeah!

love,

No comments:

Post a Comment