18 November 2010

Kerja luar? huh! macam tak percaya~

Rasanya dekat sebulan saya tak masuk office.. memang dahsyat sepanjang hidup saya.. hahahaha.. dari utara ke selatan saya jelajah.. thanks to my team yang bagi support dan tunjuk ajar untuk projek BRAS Huawei ni.. dan juga vendor saya yang bagi saya tumpang kenderaan yang sememangnya saya ni kesian sebab tak ada kereta untuk ke sana sini.. huhuhu.. memang sedih~ nak jadikan sejarah sepanjang saya hidup dan saya bekerja, saya ambil keputusan untuk balik raya dari alor setar ke melaka.. memang mencabar dan menakutkan.. sebab kebetulan masa tu saya diberi arahan untuk ke alor setar untuk comissioning BRAS huawei bersama team software airstar, fauzi dan haris.. nasib baik faiz diberi arahan yang sama oleh bos kami untuk jaga sg petani.. jadi pergi saya tumpang faiz dan nekad balik ke melaka naik bas je..

Berpeluh-peluh dan seram juga la bila naik bas Swarna Bumi.. rasanya tu company india coz nampak semuanya dari pemandu sampai pekerjanya semua india.. huhuhu.. memang panas baran juga bangsa tu.. sepanjang jalan saya on ipod touch buka lagu maher zain.. dan punggung saya tak tahan sakit dan rasa macam leper je coz duduk lama sangat.. hampir 12 jam saya ada kat jalan raya.. nasib baik la diorang ada berhenti buang air dan makan.. saya tak ada selera nak makan.. rasa macam nak sampai cepat ke melaka.. bila tengok muka husband kat melaka central, rasa lega tak terkata.. rindu sangat-sangat kat dia sebab 2 minggu saya tak balik.. T_T

Minggu depan saya akan ke sabah sarawak untuk installation projek kami.. tapi saya memang rasa ralat sebab pergi sana sini tak dapat belikan apa-apa untuk orang sekeliling saya sebab saya kejar masa jadual.. bila lagi saya nak ke sana.. huhuhuhu..

p/s: nanti saya update gambar ye~

love,

1 comment: