05 July 2010

Ekspedisi ke Kelantan~

Syiok tu.. pergi ke kelantan bersama kawan-kawan baik saya Farah dan Ratna.. thanks to my hubby, sebab bagi saya temankan ratna dan farah cari pelamin untuk majlis perkahwinan ratna yang akan datang.. insyaallah akan datang semula ke kelantan bersama rombongan cik wani untuk meriahkan majlis ratna.. eh, silap.. rombongan Pn wani sekeluarga.. hehehhe.. walaupun masa terlampau sangat singkat tapi Ratna tetap penuhi masa dengan pergi ke tempat yang dijanjikan.. ni kali kedua saya ke kelantan selepas dulu rombongan sekolah.. kami bergerak dengan hati penuh semangat dan berdebar-debar menaiki keretapi tanah melayu.. First time tu saya pergi utara naik keretapi.. wah! seronok sangat.. dapat tidur atas katil dengan bergoyang ke kiri ke kanan.. hari jumaat pukul 8.30 malam kami dah bersedia, saya dah senyum sampai ke telinga.. excited sangat! saya tanya ratna, ada tak macam dalam cerita hindustan? heheheh.. lepas letak beg kami gerak ke kantin keretapi dan terkejut juga sebab harga makanan kat situ mahal-mahal.. lama juga kami lepak situ .. hehehhe.. bila lagi nak buat macam ni.. ngeee~ saya lena juga tidur di katil bergerak tu.. sampai destinasi hari sabtu pagi dan adik ratna ambil kami di stesen.. mula-mula singgah ziarah nenek ratna.. kesian juga tengok nenek.. alangkah baiknya kalau nenek saya baik dengan cucu-cucu dia macam nenek ratna.. saya cepat kasih dan kesian pada orang tua.. kalau mereka tak menyayangi saya dan buatkan saya terhegeh-hegeh, saya angkat kaki je.. huhuhu.. lepas tu terus pergi cari pelamin ratna dengan mak ratna, ratna (of course), farah dan saya.. hehehe.. saya jadi penyibuk sikit dan seronok tengok baju-baju pengantin.. macam tak puas nak tengok.. siap cuba gaun pengantin ratna.. hahahhaha... dahsyat tu! malam pula kami pergi makan di restoran atas air (tak ingat nama restoran tu) lepas tu gerak ke wakaf che yeh.. macam-macam ada kat situ.. farah shopping sakan.. saya pun sama.. ahaks.. saya penat sangat jadi tengok baju sana sini rasa mabuk kat situ.. macam-macam penyakit keluar masa tu.. tak seronok nak jalan-jalan.. huhuhu.. dapat cari kasut tumit yang comel, baju kelawar untuk mak dan mak mertua.. sorry gengs.. esoknya saya makan nasi kerabu paling sedap.. sampai sekarang tak boleh lupa rasa daging salai.. pergh! sedapnya.. saya memang peminat nasi kerabu dan tu permintaan dari saya.. dan member baik saya dapat carikan.. thanks de.. tengah hari kami pergi ke rantau panjang.. saya dapat beli teddy bear besar.. besar sangat-sangat.. masa tu tak fikir cara nak bawa balik ke KL.. dah beli baru teringat balik sana naik bas.. ahahhaha... teruk saya ni kan? nak tak nak ngendonglah sebesar-besar teddy tu.. tak ingat dunia bila dah shopping.. cari baju untuk ayah dan ayah mertua dan sewaktu dengannya.. nak senaraikan panjang tu! heheheh.. petang lepak di Pantai cahya bulan.. makan sotong celup.. sedap sangat.. pula tu layan dengan air kelapa sejuk.. dengan kelapa sekali tau.. diiringi dengan angin pantai... kalau saya mastautin situ, mesti banyak karya citera cinta yang saya dapat hasilkan ... ahaks..






love,


No comments:

Post a Comment