13 January 2009

Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai, yang berubah menjadi seseorang yang tidak peduli denganmu sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta .... dan tidak mengundangmu sama sekali.
Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia ..... dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya, sehingga membuat orang berfikir kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan, walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau melihat orang yang ada dilubuk hatimu yang paling dalam mentertawaimu didepan wajahmu.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk memacu semangatmu, tapi kau menyedari bahawa hanya seseorang yang masih peduli denganmu iaitu ........ kamu sendiri.
Hidup memang penuh penderitaan, tapi akankah ini membaik??? akankah semua orang saling peduli, dan menyediakan waktu untuk mereka yang memerlukan ?
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya untuk mengatakan bahawa kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak mempedulikan kawan-kawanmu.Kau hanya akan diabaikan...... dilupakan..... seperti seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!!
Hadapilah ianya dengan sabar, bertawakal dan berdoa pada yang Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment