12 February 2015

Assalamualaikum..

Helo2... fuh! giler ko... dah lama sangat aku tak update blog.. hahahha... apa nak cerita ek? mcm2 dugaan dan cabaran yang Allah bagi kat aku... tapi semua tu aku kena terima dengan hati yang tabah.. wah! ko... mula2 dah bagi ayat sedih... hahahhaha... Actually, aku tak tahu nak start dari mana.. kekok pula rasanya nak share life dengan orang lain.. ngeeeee... gediks pula... hmmm... nanti lah aku update cerita satu2.. bila menaip ni, macam2 yang ada dalam kepala... otak miong plus mengantok sangat.. sebabnya malam tadi duk layan cerita Hindustan.. tak boleh blah betul makcik ni tau... tiap2 hari ada siaran yang aku nak tengok.. sampi aku rasa bebudak rumah tak boleh nak lepak kat depan.. hahahhaha.. tunggu la sampai aku cuti/tak ada kat rumah tu.. hehehehhe
hmmm.. ok lah.. aku nak start buat kerja.. macam lah busy sangat... arrghh! poyossss...
ok.. daaaaaaaa.. xoxo

18 April 2013

Hand phone bling 2 ....

Sejgk dah ade note ni gilaku kat casing nenjadi2 ... hahahaha... bayangkanlah ada 2 casing macam tu... Lagi satu byk pearl.... berselirat & berat... senang pakai yg ni je...^^

Siapa sangka diriku sebegini..

Siapa sangka dalam diam aku menyukai dia.. dalam dia aku kagumi dia.. dalam diam aku mendambakan dirinya... dalam diam aku simpan perasaan yg amat mendalam.. dalam diam aku hanya mahukan dirinya.. tapi itu semua mustahil.. detik manis dan pahit pun kian berlalu.. apa yg ada hanya pandang ke hadapan.. lama aku bertahan dan bersabar akan perasaan ini... tak sanggup rasanya.. setiap masa, setiap detik, setiap jam, setiap minit, aku rasa bagaikan lama hidupku disini.. menanggung perasaan yg tak mungkin terjadi.. dekat dihatiku tp jauh utk dicapai.. berilah aku peluang utk aku bernafas di bumi yg nyata ini.. selamatkan aku dari kelemasan perasaan yg tak menjanjikan apa-apa bagi diriku.. sesungguhnya aku amat menyayangimu walaupun seribu tahun lagi.

18 December 2012

Kerja melambak tak hingat!



Assalamualaikum..

Tarikh: 18/12/2012

Masa: 10:18 am

Tempat: Office aka di meja sendiri..



Hurm... mengeluh kejap... dari minggu lepas lagi aku bertungkus lumus nak siapkan kerja & target sebelum cuti dah habis semuanya.. yeah! chaiyork wani! sebelum ni kalau bagi email report kat bos, dia akan cakap ok thanks wani.. tapi malam tadi bila dapat email "When can we accrue the 5Mil?" hoh! walla! sakit dada aku kejap sebab tak tahu nak reply email.. dalam kepala tunggang langgang ayat ni.. aku kata ok boleh hold dulu apa nak cakap kat bos.. bukan tak buat kerja tapi ada jumlah yang aku rasa kepala aku pun naik serabut.. boleh cabut kepala ni.. i need air!!! i need air!! fresh air.. ok.. boleh rasa nak hantuk je kepala ni kat meja yang penuh dengan kertas2 kerja.. huhuhu.. stress giler wei.. aku nak settle kan kerja ni sebelum aku cuti.. jadi, lepas cuti tak ada lah banyak kerja sangat.. aaarghhh!!! now, focus on what i need to do today.. & OMG my nasi lemak! tak makan lagi dari tadi.. sekarang ni nak kata diet tak ada lah sangat~ pagi2 dah melantak nasi lemak & sewaktu sedengan nasi... hahahha... result, perutku mengelebeh n kejap kecil kejap buncit.. hehehhe... sekarang ni pakai Inchloss felinna.. memang mujarab la.. cuma aku tak rajin nak sapu kat area2 mana yang perlu bertindak.. hari tu pun my doctor dah bagi hint kalau nak tambah kuantiti anak, kena kurus dulu.. ermm... kena fikirkan.. tapi nak teruskan perjuangan kuruskan badan sebab rasa dah macam godzila, gorila, adik beradik dia sekali.. huh! terasa sangat la besar..



Ok. stop here.. luv u~ ;)





08 December 2012

Sehat ke tak?

Assalamualaikum..

Masa: 11:34 am
Tarikh: 8/12/2012
Tempat: Di rumah laaaa... ngeee!!!

Dah ama sangat tak update kan? sebab bizi bebenor ngan FB aka muka buku.. sejak dah berniaga ni kan, lagi la.. pulak tu anak dara ada memang tak sempat nak buat apa2.. huhuhu... aku nak update pon tak tahu.. hidup aku makin rumit.. nak bercerita tiada yang memahami,.. nak tak nak telan je la... erm.. melalut plak pasal benda ni.. by the way, here nothing to say.. ada mood plak tukar background bagai... hehehe... nanti la aku update lagi k..? peace!


15 August 2012

kawan.. hanya tinggal kenangan..

Hatiku memang rasa tak best, sedih, hidup aku dah rasa terumbang ambing... memang aku akui, kerja aku akan bertambah tapi tu tak ada masalah.. aku cuma sedih lepas ni tak ada tempat mengadu, bergaduh, minta pendapat.. sejak dah dapat tahu dia akan berhenti kerja, aku sentiasa hidupkan masalah jauhkan jarak persahabatan kami.. tapi makin lama makin menyakitkan.. lepas ni aku akan sentiasa rindu dia.. rindukan kenangan bersama dia.. aku tahu, aku kena kuat.. aku ingat dengan cara aku jauhkan diri, aku boleh kuat dan akan rasa biasa bila dia tiada nanti.. tapi... ya allah, kuatkan hatiku inim permudahkan urusanku agar aku peroleh ketenangan disisimu... maafkanku sahabat.. apa yang aku buat selama ini, aku tahu salah.. tapi aku nak biasakan diri.. tak tahu bila akan berjumpa lagi.. semoga berjaya disana..

14 June 2012

Tips Mendidik Anak

  • Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)
  • Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).
  • Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).
  • Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)
  • Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  • Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  • Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.
  • Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  • Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  • Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  • Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  • Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  • Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  • Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  • Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  • Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.
  • Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.
  • Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
  • Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Ibarat kain yang putih, terpulanglah kepada anda untuk mencorakkannya. Semuanya di tangan anda.